Start It TODAY!!!

Start IT TODAY!!!

Assalammualaikum & selamat sejahtera semua..

Rasanya dah lama kot aku tak update dalam blog ni..ade yang rindu kew...heheheh...😉..Ok la..mesti ade yang tertunggu-tunggu kisah aku & diet part 3 aku kan...hahhaah..ni version chronicle terus..hehhe..

Untuk makluman korang dan dipendekkan cerita, hari ni aku dah start berdiet. Jom..aku kongsikan sikit la dengan korang ye...kat bawah ni detailsnya la sikit:

Ht = 157 cm
Wt = 96 kg
BMI = 38.9 kgm2

Apa yang merah aku tanda tu agak2 nye ye..?
Itu la BMI aku atau Body Mass Index a.k.a Indeks Jisim Tubuh..Aku dah Obese....😢

Dan sebab inilah aku mencari kekuatan dan keyakinan diri untuk aku mulai berdiet dan ubah cara hidup aku mulai SEKARANG!!!

Nanti by time to time aku akan sharekan pic aku..ye la buat masa ni aku xsedia lagi..

By the way untuk memulakan perjuangan ini yang paling penting adalah kesediaan MINDA..kunci utama untuk BEHAVIORAL CHANGES..tanpa perkara ni..kalau kau diet mcm mana pun, ko memang takkan berjaya atau bertahan.. Jadi perkara PERTAMA adalah kau tanya diri sama ada betul2 dan dah bersedia untuk berubah..

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK BERUBAH..??

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN CARA HIDUP YANG SIHAT???

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK BERKORBAN DAN MENGHARUNGI SEGALA CABARAN??

Jawapan aku:

YA
YA
YA

&

100% YA 

Jika korang dah pasti, jom sama2 dengan aku kita mulakan dengan langkah yang baru.

Tetapkan target korang..

1st - Sasaran aku dalam tempoh 6 bulan (mid of June 2018), turun berat sebanyak 10% dari berat badan asal aku iaitu:

           10% x 96kg = 9.6 kg

Jadi, ini lah sasaran aku iaitu penurunan berat badan sebanyak 9.6kg sehingga pertengan jun 2018. Sasaran perlulah realistik dan boleh dicapai..perlu ingat:

NAK KURUS DENGAN SELAMAT, TIADA JALAN PINTAS, KAWAL PEMAKANAN, AKTIF DAN AMALKAN CARA HIDUP SIHAT

 Mase nak gemok dulu pun amik masa bertahun2kan..jadi adil la if nak kurus amik masa juga..so slow n steady..n paling penting DISIPLIN..

InsyaAllah esok aku akan kongsikan plan diet aku yang seterusnya ok..

Bubbyeee...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.